Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dah Tak Nak Buang Masa, Kahwin Saja,” Akui Ada Juga Wanita Yang Berkenan Di Hati, Zizan Razak Takut Bercinta

Pelakon, pelawak dan juga penyanyi, Zizan Razak mengakui bahawa dia ada berjumpa beberapa wanita yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suri hidupnya.

Namun begitu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak,36, berkata bahawa dia lebih memilih untuk pendam saja perasaannya itu kerana bimbang persahabatan yang dibina pada awalnya musnah disebabkan bibit cinta yang tidak kesampaian.

Advertisement

Zizan walau bagaimanapun menjelaskan bahawa jika dia telah bertemu dengan wanita yang tepat untuk dijadikan sebagai bakal isterinya, dia sudah tidak mahu berlengah lagi dan mengambil masa untuk ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin.

“Apabila dah jadi sayang dengan persahabatan itu, saya takut (bercinta) apabila tak jadi teman hidup nanti, persahabatan hancur, percintaan pun hancur. Kalau dah jumpa (calon), keluarga okat]y, saya okay, saya kahwin sahaja. Saya tak nak buang masa dah keluar dating, melepak, beri kata-kata manis.”

Tambah Zizan, dia juga pernah diperkenalkan dengan wanita yang menjadi pilihan keluarga namun menurutnya, soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa melainkan hadir dengan sendirinya.

Perkembangan terkini, Zizan dengan dua rakan kongsinya iaitu Achey Bocey dan Nabil Ahmad bakal ‘mendunia’ dengan produk makanan terbaru iaitu DoryLicious yang sudah pasti bakal menjadi kegemaran penggemar snek di Malaysia.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 9, 2020 at 2:28 pm

    beberapa wanita???maakkk aiii playboy ko ni…y tu perasaan teman tapi mesra bukan btl2 cinta..kot2 nti dh kahwin lps tu terjumpa pulak dgn y berkenan di hati parah jgk tu..kiranya zizan ni jns y mudah jatuh cinta laaa…Allah bahaya tu..dl ex aku camtu laa..last2 aku blahh sbb jns x serius..semua perempuan nk suka…adooiii..umur dh tua pun tp perangai cam bdk2..depan, blkg tabur janji manis..last2 bl ajak kahwin alasan “tak bersedia”..lol..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top