Pelakon, pelawak dan juga penyanyi, Zizan Razak mengakui bahawa dia ada berjumpa beberapa wanita yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suri hidupnya.
Namun begitu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak,36, berkata bahawa dia lebih memilih untuk pendam saja perasaannya itu kerana bimbang persahabatan yang dibina pada awalnya musnah disebabkan bibit cinta yang tidak kesampaian.
Zizan walau bagaimanapun menjelaskan bahawa jika dia telah bertemu dengan wanita yang tepat untuk dijadikan sebagai bakal isterinya, dia sudah tidak mahu berlengah lagi dan mengambil masa untuk ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin.
View this post on Instagram
“Apabila dah jadi sayang dengan persahabatan itu, saya takut (bercinta) apabila tak jadi teman hidup nanti, persahabatan hancur, percintaan pun hancur. Kalau dah jumpa (calon), keluarga okat]y, saya okay, saya kahwin sahaja. Saya tak nak buang masa dah keluar dating, melepak, beri kata-kata manis.”
Tambah Zizan, dia juga pernah diperkenalkan dengan wanita yang menjadi pilihan keluarga namun menurutnya, soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa melainkan hadir dengan sendirinya.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, Zizan dengan dua rakan kongsinya iaitu Achey Bocey dan Nabil Ahmad bakal ‘mendunia’ dengan produk makanan terbaru iaitu DoryLicious yang sudah pasti bakal menjadi kegemaran penggemar snek di Malaysia.
Sumber : Astro Gempak