Naib juara program Big Stage 2020, Usop telah mengambil lesen kenderaan penuh jenis B kerana tidak mahu terus membebankan bapanya yang semakin meningkat umur.
Menyedari telah mempunyai banyak komitmen di luar kawasan selepas ini, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor,23, mengakui kehidupannya seperti ‘merempat’ setiap kali berada di Kuala Lumpur disebabkan tidak boleh memandu.
Hanya bergantung kepada bapanya jika kemana-mana, Usop turut memuat naik foto memaparkan dia sedang mengikuti kelas memandu di laman sosial Instagram miliknya.
View this post on Instagram
“Ya.. sekarang saya dalam proses mengambil lesen memandu kereta dan lesen motosikal di Kedah. Dah lama ada niat dan ambil lesen sebab kasihan dekat ayah yang dah tua. Saya pula sejenis yang suka balik pada hari yang sama apabila pergi penggambaran atau ke mana-mana sebab tu kalau ada lesen lebih mudah untuk bergerak sendiri. Bukan apa saya ni boleh dikatakan merempat setiap kali pergi show dekat Kuala Lumput, mesti saya tidur rumah pengurus saya,”
Usop yang kini hangat bercinta dengan seorang gadis kelahiran Pulau Pinang turut menyimpan hasrat untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi namun bukanlah dalam masa terdekat.
View this post on Instagram
Meskipun menggondol wang kemenangan sebanyak RM50,000 ketika memenangi program nyanyian Big Stage baru-baru ini, Usop berkata dia mahu menyimpan duit tersebut untuk majlis perkahwinannya nanti.
“Mana tahu ada rezeli lebih untuk beli superbike BMW atau Ducati Panigale. Tapi rezeki saya menang baru-baru ini, saya nak niat simpan untuk jadikan duit kahwin. Insyallah kalau ada rezeki lain akan datang, baru saya fikir tentang motosikal,” – Usop
Sumber : mStar Online