“Dah Tak Kena Langgar Kenapa Nak Buat ‘Report'” – Wanita Buat Laporan Tentang Pemandu Mabuk, Tapi Diperlekeh Anggota Polis

Kehidupan

“Dah Tak Kena Langgar Kenapa Nak Buat ‘Report'” – Wanita Buat Laporan Tentang Pemandu Mabuk, Tapi Diperlekeh Anggota Polis

Seorang wanita yang ternampak pemandu lelaki dalam keadaan mabuk sehingga melanggar pembahagi jalan membuat keputusan melaporkan kejadian itu di balai polis.

Namun, anggota polis bertugas didakwa memperlehkannya dan mengatakan laporan tidak perlu dibuat kerana dia bukanlah mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk itu.

Advertisement

Dia ada langgar awak ke? Dah tak langgar kenapa perlu buat laporan?”

Kejadian itu berlaku di Ipoh dan selepas perkongsiannya tular di Twitter, ia menjadi bualan bualan hangat warganet dan rata-ratanya memberikan pendapat masing-masing tentang hal itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya akan memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan wanita itu dan akan dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Polis memandang serius mengenai aduan ini dan amat menghargai maklum balas yang diberikan oleh orang awam itu mengenai mutu perkhidmatan kaunter aduan balai polis.

Dalam pada itu, polis turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap isu berkenaan sementara menunggu hasil siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

moto
7 months ago

(VIDEO) "Bapa Polis, Anak Macam Ni" - Tular Gaduh Sebab Nak 'Cop' Parkir Motor Bawah Rumah Flat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...