Seorang wanita yang ternampak pemandu lelaki dalam keadaan mabuk sehingga melanggar pembahagi jalan membuat keputusan melaporkan kejadian itu di balai polis.
Namun, anggota polis bertugas didakwa memperlehkannya dan mengatakan laporan tidak perlu dibuat kerana dia bukanlah mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk itu.
Dia ada langgar awak ke? Dah tak langgar kenapa perlu buat laporan?”
Kejadian itu berlaku di Ipoh dan selepas perkongsiannya tular di Twitter, ia menjadi bualan bualan hangat warganet dan rata-ratanya memberikan pendapat masing-masing tentang hal itu.
Saw an uncle drunk driving tonight, could barely stand/walk let alone drive. Literally langgar all the divider while driving. And when I made a police report, the first question asked was “dia ada langgar awak ke? dah tak langgar kenapa perlu buat report?” pic.twitter.com/URSYijRhXM
— sangzhi (@fiqapong) October 6, 2023
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya akan memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan wanita itu dan akan dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Polis memandang serius mengenai aduan ini dan amat menghargai maklum balas yang diberikan oleh orang awam itu mengenai mutu perkhidmatan kaunter aduan balai polis.
Dalam pada itu, polis turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap isu berkenaan sementara menunggu hasil siasatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.