“Dah Tak Berminat Nak Taja Kedah” – Abang Terlajak Laris

Trending

“Dah Tak Berminat Nak Taja Kedah” – Abang Terlajak Laris

aliff_syukri2401_620_465_100

Pengasas produk kesihatan & kecantikan terkenal D’Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, atau lebih dikenali dengan nama “Abang Terlajak Laris” berkata pihaknya telah pun menarik diri dari menjadi penaja pasukan bola sepak Kedah.

Advertisement


Aliff Syukri berkata keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu.

Sudah, saya tidak berminat,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp sebagaimana lapor Sinar Online.

Difahamkan, beliau berkata sedemikian sejurus ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, ketika ditanya kenapa, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut.

Pada Januari lalu, Aliff Syukri telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi membincangkan tentang penajaan skuad Helang Merah.

Namun, disebabkan krisis politik di Kedah baru-baru ini, Mukhriz terpaksa berundur dan meletak jawatan menteri besar dan jawatan laint termasuk presiden KFA.

image (1)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...