September 7th, 2020

Nampaknya kehangatan majlis perkahwinan selebriti Mira Filzah dan juga pasangannya, Wan Emir masih lagi membara di kalangan peminat.

Namun, dalam pada kehangatan dan kemeriahan majlis itu, lain pula jadinya apabila seorang individu tampil mengimbau kenangan foto pelakon Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan aktres Juliana Evans, Emma Maembong dan tidak ketinggalan, Mira Filzah.

Yang menjadi isunya apabila foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka antara netizen di media sosial sejak khamis lalu selepas Mira Filzah mengumumkan akan berkahwin pada minggu lepas.
Namun, masih ada yang tampil meluahkan rasa simpati kepada pelawak dan juga pelakon kelahiran Terengganu itu apabila disifatkan mereka sebagai tiada jodoh antara Zizan dan artis-artis berkenaan.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak pernah menyulam kasih dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong. Malah Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontroversi percintaan bersama pelawak berusia 36 tahun itu.


One response to ““Dah Tak Ada Jodoh..” Peminat Simpati Dengan Zizan Razak Jadi Bahan Lawak Netizen”

  1. Anonymous says:

    kpd Zizan, tak yah cari selebriti utk buat bini. Ramai lagi perempuan lain ada kat luar tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...