Niat murni disalahertikan, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera Ijoy kecewa dan sedih dengan komen netizen yang dianggap keterlaluan.
Dia yang sebelum ini memuat naik foto baju-baju lama untuk dijual di Instagram miliknya telah mengundang rasa kurang senang seorang individu yang meminta Shiera memberi saja secara percuma baju-baju berkenaan kepada orang yang memerlukan.
Berikutan dengan komen itu, Shiera mengakui dia berasa ralat dengan komen individu tersebut. Malah, netizen lain turut mengecam individu tersebut dan menganggap pelakon dan peyampai radio itu berhak melakukan apa saja dengan pakaiannya.
Shiera turut memuat naik pernyataan balas meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan individu tersebut.
“Lama tak ada kes, ada balik parasite dalam IG aku. Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah tapi suka kecilkan hati kita. Dia mengata kita. Menangis, sedih, IG dia baik sangat tapi cakap pedih. Dia tak follow kita,”