Written by Bella | August 21st, 2019

Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar dianggap sebagai hero kerana tindakannya yang berjaya menyelamatkan keadaan dengan pantas ketika isu komen ‘body shaming’ antara Mark Adam dan Sherry Al-Hadad.

alif satar

Alif berkata dia agak segan dan belum sempurna untuk menerima begitu banyak pujian.

Sebenarnya saya segan apabila menerima pujian disebabkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Mana tahu selepas ini saya ada melakukan kesalahan, orang mengatakan saya pula dan berasa macam saya ini sempurna sangat.

alif satar sherry alhadad

Saya tak rasa terbeban dengan perkara ini, cuma segan bila orang cakap macam tu. Kita pun tak hidup atas pujian orang lain dan lagipun kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, Alif meminta semua pihak tidak lagi menggunakan lawak berkaitan ‘body shaming’. Zaman sudah maju, mengapa harus kita mempermainkan saiz badan seseorang untuk dijadikan bahan lawak.

alif satar

Kalau dahulu kita bergurau tentang bentuk badan atau fizikal seseorang itu rasanya tidak ada masalah. Tapi sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan ‘body shaming’ ini

Tidak baik berkata mengenai fizikal seseorang itu sebab kita sendiri tak tahu bagaimanapun mereka ini struggle untuk menjadi lebih baik.

Budaya ‘body shaming’ ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau. Umum mengetahui betapa seriusnya kondisi tersebut. Jadi, fikirlah terlebih dahulu sebelum berkat-kata, janganlah sehingga mengguris hati seseorang.

Sumber Berita : mStar Online

11 responses to Dah Tahun 2019, Hentikan Lawak ‘Body Shaming’ – Alif Satar

  1. momoecha says:

    positive vibe person.. keep it up alif satar. .

  2. Nor izah says:

    Serry, elakkan baju lengan kembang kembus ni.
    Badan dan ok dah. Cantik…

  3. NN says:

    This dude is after my own heart. What an amazing guy.

  4. Anonymous says:

    exactly agreed 100%-nomore talks bout body shaming-as in this world ta ada seorang yg sempurna itu anugerah dari allah dia gemuk ka kurus ka no dfrence stil having one full piece rangka badan-da cukup besyukur alhamdullilah.mark adam or any artist mesti buat research any sensitive issue ta perlu d lawakan dan menghina and ditertawakan orang-beradap sikit and respect hormati orang or rakan sesame artis.

  5. Anonymous says:

    tp kn.. klau tgk rancangan lawak skrg.. smua nk plekehkn rupa..bentuk badan..mgkn antara pelawak dorg rasa ok..

  6. BHAHAHA says:

    AKU TAK FAHAM DENGAN ORG YG TRY HARD CLICK THUMBS DOWN SETIAP KOMEN

  7. Noname says:

    Tu yg bersepah dlm program komedi…
    Ce tngok …cm seronok je kutuk kulit gelap la dll

  8. meetomato says:

    yassssss alif satar is the man!

    body shaming is so KUNO, sgt KEkampungan, 3rd class mentality, no manners at all. Ckp je amalan org Msia ialah budi bahasa budaya kita, yelah tu…berbudi bahasa la SANGAT, phuikkk!

    selebriti Msia ni kan, zaman kegemilangan selebriti kat Msia ni bknlah mcm kat Hollywood, the senior you are, the more valuable you are. so to the younger generations, if u really want to be a celebrity in future, you gotta work extra hard & overtake kegemilangan Siti Nurhaliza bcos to me, only she is still the most wanted in Msia, regardless of age & status.

    and to Yuna, KRU & Maya Karin, yg 3 ni contoh smart artistes, Yuna is hungry for more stardom, risking herself by going international market. yg the other 2, ade proper & sustainable businesses although not in front of any media anymore.

  9. Fatin says:

    Sy jd terjatuh ati kt alif after tgk dia dlm ajl ngn sherry first tine..gndgn yg mntap.sblm ni sy sgt xsuka alof n aggp alif poyo.tp sy slp.alif best giler.trus suka.

  10. Benci thought says:

    Si aliff ni muka dia ok … Cuma hidung kembang kalau mancung mesti hensem… Kuakuakuakua

Tinggalkan Komen Anda Di Sini