“Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak,” demikian teguran dari seorang wanita bernama Syazwani Sharan di laman Facebooknya hingga menjadi viral.
Syazwani yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, memuat naik ‘pandangannya’ itu di laman Facebook semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang majoriti tidak bersetuju dengan pandangannya yang dianggap tidak masuk akal berbanding jumlah netizen yang menyokongnya.
Menurut Syazwani lagi, kesan dari kualiti hidup yang negatif sedemikian akan menyebabkan peningkatan kes kecurian, rompakan kerana mereka terdesak mencari duit bagi menampung kos sara hidup.
Selain itu, anak juga membesar dalam keadaan yang tidak sihat kerana kekurangan nutrisi akibat tidak mengikuti piramid makanan serta masalah sosial juga semakin meningkat kerana ibu bapa tidak sempat mendidik anak yang terlalu ramai.
Justeru, Syazwani menyarankan bahawa kerajaan perlu menggubal undang-undang yang menetapkan satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.
Sementara itu, netizen telah menganggap cadangan Syazwani mengikut langkah menghadkan kelahiran anak seperti yang pernah dilaksanakan oleh China suatu ketika dulu adalah tindakan kurang cerdik dan mundur.
Selain itu, netizen mendakwa Syazwani sengaja mencari perhatian dengan cara yang tidak betul.