“Dah Tahu OKU Kenapa Naik Bas? Sebab Kaulah Aku Sampai Rumah Lambat”

Kehidupan

“Dah Tahu OKU Kenapa Naik Bas? Sebab Kaulah Aku Sampai Rumah Lambat”

Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti.

Golongan OKU ini juga perlu terus dibantu dan dibangunkan supaya mereka mampu hidup berdikari menjalani kehidupan seharian.

Advertisement


Mereka perlu diberi layanan sama rata tanpa dibezakan keupayaan mereka. Admin baru-baru ini telah melihat sendiri bagaimana golongan OKU ini dipandang hina oleh masyarakat kita sendiri.

Kejadian ini terjadi semasa seorang golongan OKU berkerusi roda ingin menaiki bas awam pulang ke rumah pada waktu petang.

Pada waktu kemuncak begini agak susah juga untuk beliau menaiki bas kerana tiada orang yang mempelawanya masuk terlebih dahulu ke dalam bas.

Jelas kelihatan dari riak wajahnya dia lebih rela menunggu semua orang menaiki bas dahulu sebelum tiba gilirannya. Mungkin dia sedar, tiada orang ‘normal’ yang ingin membantunya menaiki bas.

OKU sedih

Maklumlah, semua orang pada waktu ini sibuk mengejar waktu pulang sehingga lupa soal keprihatinan terhadap golongan OKU sepertinya.

Selepas semua orang menaiki bas, pemandu bas mengundurkan bas bagi membolehkan beliau menaiki bas dengan mudah.

Jalan raya yang sesak menyebabkan bas susah untuk diundur ke posisi yang betul membuatkan dia dan penumpang di dalam bas perlu menunggu lama.

Ini membuatkan sekumpulan penumpang tidak berpuas hati dengan golongan OKU ini yang menyebabkan bas terpaksa berhenti lama.

lalu lintas sesak

 

Dah tahu diri tu OKU, buat apa nak naik bas? kan dah menyusahkan kita semua kena balik lambat.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan, disebabkan seorang golongan OKU ini mungkin mereka semua tak akan sampai ke destinasi hari ini.

Kalau macam tu esok baru kita sampai rumah sebab OKU ni.

Dia juga memberitahu golongan OKU ini berulang kali memberitahu mereka yang beliau adalah seorang OKU sebelum menaiki bas.

Dia ingat kita ni tak nampak dia pakai kerusi roda, nak ulang banyak kali bagi tahu kenapa. Nanti dia naik jugak bas. Bukan tak naik!

Lebih mengewakan, wanita ini menyalahkan golongan OKU ini sebagai punca kelewatan mereka hari ini.

“Nanti kalau sampai stesen LRT, aku nak turun dulu. Kalau kita bagi OKU ni turun dulu mahu lagi lambat kita semua sampai rumah.”

LRT sampai lambat

Sebagai manusia kesedaran mengenai OKU perlu dipertingkatkan agar kita semua boleh menerima golongan tersebut dalam masyarakat.

Ingat! jangan sesekali menghina mereka kerana mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...