Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian daripada seorang pengguna yang berkongsi pengalaman diganggu mahkluk halus yang menyerupai ibunya sendiri.
Menerusi video tersebut, gadis yang bernama Tiya Kamal menceritakan ibunya biasanya akan telefon sebelum pulang ke rumah untuk menyuruh dia memasak nasi.
Menurutnya, selepas ibunya telefon, dia bermain telefonnya dalam 5-10 minit lalu pergi ke dapur untuk melakukan apa yang disuruh ibunya.
Saya turun, saya nampak mak saya duduk dekat ruang tamu pakai baju kelawar.
Jelas Tiya, dia melihat ‘ibunya’ sedang duduk di sofa ruang tamu dan menegur ‘ibunya’ itu namun, tidak berbalas. Dia hanya ingatkan ‘ibunya’ sedang marah kerana dia tidak memasak nasi seperti yang disuruh kerana terlalu leka bermain telefon.
Kemudian, dia terus pergi ke dapur dan membasuh beras untuk masak nasi dan ‘ibunya’ hanya berdiri di sebelahnya tanpa berkata apa-apa. Selepas ‘ibunya’ pergi semula ke ruang tamu, dia pun cuba untuk berbual dengan ‘ibunya’ itu.
Tiba-tiba phone saya bunyi, mak saya call cakap lagi 5 minit turun bawah tolong angkat barang.
@tiyakamal2 Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok
Tambah Tiya, dia terus keluar dari rumah itu namun sempat mengintai ke dalam rumahnya dan masih nampak lembaga ‘ibunya’ itu.
Nak pergi mana tu? dah tahu ke?
Sejurus ibunya sampai di rumah, mereka berdua masuk semula ke dalam rumah dan seluruh rumah itu berbau wangi seperti bau bunga yang sukar untuk digambarkan.