Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Janna Nick memaklumkan bahawa hubungan percintaan bersama pelakon, Dini Schatzmann sudah berakhir.
Namun, baru-baru ini, pasangan kekasih itu dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang dan bakal bernikah pada 10 Jun ini.
Menurut laporan Kosmo, Janna dan Dini juga memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi majlis.
Bukan itu sahaja, pihak Janna turut hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan mereka.
Bagaimanapun, majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Terdahulu, Dini Schatzmann memaklumkan bahawa dia akan mengumumkan status hubungan cinta dengan Janna Nick.
Namun, sehingga kini pasangan bekas kekasih itu masih mengunci mulut mengenai status perhubungan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.