“Dah ‘Sold Out’”- ‘Design’ Sama Macam Gucci, Beg Tangan Bata Harga RM119 Jadi Rebutan Wanita

Kehidupan

“Dah ‘Sold Out’”- ‘Design’ Sama Macam Gucci, Beg Tangan Bata Harga RM119 Jadi Rebutan Wanita

Jika anda penggemar barangan mewah, pastinya mengenali jenama seperti Gucci, Coach dan sebagainya.

Dan ia juga tidak dinafikan berharga lebih mahal daripada jenama tempatan yang dijual di pasaran, setanding dengan kualiti dan ‘material’ yang digunakan.

Advertisement

Namun, tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah beg keluaran jenama Bata dikatakan persis jenama antarabangsa iaitu Gucci.

Dalam video tersebut, beg tangan tersebut hampir sama dari segi rekaan, bentuk dan juga warna dengan beg mewah keluaran Gucci yang berasal dari Itali itu.

Menurut carian Says.com, beg Gucci Jackie 1961 itu dijual pada harga RM11,411.40 manakala beg tangan Prive keluaran Bata pula dipasarkan dengan harga cuma RM119 setiap satu.

Malah, beg Prive Bata itu juga didapati sudah kehabisan stok menerusi tinjaun di laman web rasmi Bata, Shopee dan juga Zalora. Wow!

Menjengah ke ruangan komen, ramai nampaknya yang teruja melihatkan reka bentuk beg yang hampir sama namun dijual dengan harga yang lebih murah dan berpatutan itu.

Malah, ada juga komen daripada staff kedai Bata yang memaklumkan bahawa beg tersebut sudahpun ‘sold out’ di ‘outlet-outlet’ mereka.

Difahamkan, Bata turut mengeluarkan beg tangan menyerupai jenama-jenama mewah yang lain seperti Bottega, Longchamp dan banyak lagi.

tayar kereta pecah
3 years ago

(VIDEO) “Ni Ke Pr*ton Yang Gah Tu?”- Baru Pakai Dua Bulan Tayar Dah Pecah, Wanita Dakwa Syarikat Lepas Tangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...