Seperti tidak endah dengan kecaman ramai, pelakon Fasha Sandha sekali lagi curi perhatian netizen selepas memuat naik video dirinya joget sambil promosikan produk kecantikan di Instagram.
Hal yang membuatkan netizen berasa kurang senang kerana aktres tersebut memakai baju yang sangat ketat hingga menampakkan bentuk seluruh badannya.
View this post on Instagram
Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut menasihati Fasha untuk berubah dan kembali ke jalan Allah SWT.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meluahkan rasa syukur dan tidak mahu menjadi kurus jika akhirnya menjadi lupa kepada agama.
Sebelum ini, Fasha Sandha sering menjadi bahan kecaman netizen susulan imejnya yang makin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan.