Penyanyi Zizi Kirana yang sebelum ini telah mengumumkan akan berubah dari segi penampilan mendedahkan bahawa masih ada individu yang tidak berpuas hati keatas dirinya meskipun dia kini ingin berubah ke arah kebaikan.
Tidak lepas daripada buruan ‘haters’,pelantun lagu EH! ini menjelaskan bahawa isu disukai atau dibenci orang bukanlah persoalan besar buat dirinya pada ketika ini.
Zizi menjelaskan bahawa dia berasa gembira apabila beberapa perubahan dapat dilihat menerusi komen peminat di media sosialnya.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah, akhirnya ada juga komen-komen yang positif buat saya berbanding sebelum ini banyak yang negatif. Tapi sebelum ni saya tak ambil hati dengan komen mereka. Ia sudah jadi perkara biasa buat semua artis. Apa yang saya buat untuk program keagamaan itu bukan untuk meraih perhatian atau simpati mana-mana pihak.”
Terdahulu, imej Zizi yang sentiasa berpakaian seksi dikatakan tidak sesuai dengan budaya timur yang mementingkan kesopanan terutamanya buat golongan wanita.
Dia kemudiannya mengambil langkah perlahan-lahan untuk mengubah imej ke arah lebih patuh syariah di mana bermula dengan memadam gambar-gambar seksi di Instagram.
Malah, menurut Zizi, dia juga telah menyimpan baju-baju mendedahkan tubuh badan ke dalam kotak seperti yang dijanjikannya dulu.
View this post on Instagram
“Saya taklah sampai buang terus pakaian-pakaian ni. Cuma ia dimasukkan ke dalam kotak dan diletakkan di tempat lain. Saya tak rancang nak bagi sesiapa. Hanya simpan dulu dan tak nak pakai lagi.”
Perkembangan terkini, Zizi mengakui dirinya berasa amat teruja dalam menantikan tarik Anugera Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung pada 14 Mac nanti.
Mempertaruhkan lagu EH!, Zizi meminta peminat di luar sana mendoakan segalanya berjalan dengan lancar dan ada ‘tuah’ menanti buatnya di malam anugerah berprestij itu.