Agak lama mendiamkan diri, balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali sekali lagi bersuara dan menuntut hutang saman yang masih belum dibayar pelawak Ali Puteh.
Perkara itu dibangkitkan Hidayah menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia memaklumkan bahawa Ali gagal melunaskan hutang saman berjumlah RM76,167.28 dan telah berlanjutan sejak setahun yang lalu.
Bagus la, tapi duit saya menang saman dari 18 Februari 2022 sampai ke hari ini 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Dah bulan 8 ni masih awak tak bayar lagi duit saya sampai sekarang.
Jangan diam saja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini.
Malah, Hidayah turut memetik nama kakak Ali yang juga berhutang sebanyak RM2,000 dan turut menekankan mengenai ayat hutang adalah perkara wajib yang perlu dibayar.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Ali kini sedang rancak mengusahakan bisnes makanan dan mendapat sambutan hangat di media sosial.
Dia sebelum ini telah kalah kes saman fitnah terhadap Hidayah di mana wanita itu didakwa sebagai seorang yang tamak dan ingin merampas harta pusaka abangnya itu.
Ali kemudian dikehendaki membayar RM60,000 kepada Hidayah oleh mahkamah dan berjanji akan melunaskannya sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.