Walaupun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita telah meluahkan rasa buntu apabila suaminya masih dibawah kawalan ibu mentuanya.
Menerusi ciapan di laman Twitter, wanita itu berkata perkara tersebut sedikit sebanyak menjejaskan hubungan rumah tangganya dengan suami.
Menurutnya, mereka telah menetap di rumah ibu mentua selama sebulan dan kemudiannya berpindah ke rumah sendiri.
Namun, ibu mentuanya akan meluahkan rasa sunyi kepada suaminya setiap hari sehingga mereka terpaksa tidur di rumah ibu mentua setiap minggu.
Malah, apabila wanita itu cuba mengadu perasannya, suaminya mula melenting.
Padahal selama ni aku tak pernah bantah, cuma kali tu je aku nak rehatkan badan sebab penat kerja.
Bukan itu sahaja, ibu mentuanya juga cuba untuk menekan wanita itu soal kehamilan dan berpantang.
Aku belum mengandung, ibu mentua asyik tanya ‘bila nak dapat baby?’. Sekarang aku dah mengandung, suruh berpantang dekat rumah dia.
Dalam pada itu, wanita berkenaan meminta pendapat orang ramai bagaimana caranya untuk terlepas dari genggaman ibu mentua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.