Pelakon sensasi, Fattah Amin, telah menyediakan duit raya untuk Fatima Aisya sempena Aidilfitri dan menyatakan perkara itu sudah pun disiapkan.
Fattah menjawab soalan mengenai duit raya anaknya sambil menegaskan bahawa ia menjadi keutamaan dan dia juga merancang untuk membawa Fatima membeli-belah bagi menyambut perayaan.
Of course la ada. Berapa pun dah set dah. Lepas ni mungkin nak bawa dia pergi shopping raya.
Dalam pada itu, Fattah memaklumkan bahawa dia akan beraya bersama Fatima pada hari raya ketiga hingga kelima, memandangkan anaknya akan menyambut hari raya pertama dan kedua bersama bekas isteri, Fazura.
Menurutnya, mereka telah bersetuju untuk menyambut Aidilfitri secara bergilir, di mana tahun ini Fatima bersama Fazura pada pagi raya, dan tahun hadapan giliran dirinya pula.
Hari raya pertama dan kedua dengan Fazura. Jadi, hari raya ketiga hingga raya kelima dengan saya lah. Kita macam biasalah, ambil giliran. Tahun ni dengan Faz, tahun depan hari raya pertama dan kedua dengan saya.
Selain itu, Fattah Amin, 34, juga bercadang membawa Fatima bercuti ke luar negara kerana sebelum ini mereka hanya berpeluang meluangkan masa di lokasi berdekatan.
Namun, pelakon itu menegaskan bahawa dia perlu berbincang dengan Fazura terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai percutian tersebut.
Nak bawa dia (Fatima) jalan-jalan. Nak bawa dia jalan jauh sikit. Sebab sebelum ni bawa dia jalan dekat-dekat je kan. Mungkin ke luar negara. Tapi perkara ni tentulah kena berbincang dahulu dengan pihak Faz kan. InsyaAllah, doa yang baik-baiklah.
Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa bekas isteri Fattah Amin, iaitu pelakon terkenal Nur Fazura, mendedahkan anak mereka tidak pernah menerima duit raya daripada selebriti itu sepanjang dia bergelar seorang bapa, walaupun memiliki pendapatan yang tinggi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.