“Dah Semua Benda Nak Tayang, Menunjuk” – Barang Kemas Dicuri, Prince Syed Buat Laporan Polis

Kehidupan

“Dah Semua Benda Nak Tayang, Menunjuk” – Barang Kemas Dicuri, Prince Syed Buat Laporan Polis

Usahawan dan personaliti media sosial popular, Prince Syed, tampil membuat tiga laporan polis membabitkan insiden serius yang mengganggu kehidupan peribadi dan perniagaannya. Beliau mendedahkan bahawa laporan tersebut melibatkan kes kecurian, pencerobohan privasi serta hasutan terhadap perniagaan milik dirinya dan isteri.

Dalam kenyataan yang dikongsikan di media sosial, Prince Syed menyatakan tindakan undang-undang sedang diambil terhadap individu yang dikenal pasti terlibat.

Advertisement

Laporan polis terus dibuat. Hari ini kita buat tiga dulu report (polis) kerana kes kecurian barang emas saya, kemudian privasi saya diganggu, kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri.

Beliau turut memaklumkan bahawa lebih banyak laporan akan dibuat selepas ini berikutan kes-kes lain yang sedang disusun bagi tujuan saman sivil.

Menurut Prince Syed, ada beberapa isu lain yang tidak dapat didedahkan kepada umum atas faktor keselamatan. Namun, semua aduan dan bukti berkaitan akan disalurkan kepada pihak berkuasa secara rasmi.

Sekarang ni apa-apa kita cerita kat balai polis dan mahkamah saja. Senang, biar pihak berkuasa yang ambil tindakan.

Beliau turut meluahkan tekanan emosi yang dialaminya akibat gangguan tersebut, menyatakan bahawa tahap keselamatan dirinya dan isteri kini menjadi keutamaan.

Dalam pada itu, Prince Syed turut berkongsi bahawa semua bahan bukti telah dikumpulkan, termasuk tangkap layar kenyataan berunsur fitnah dan gangguan yang diterima mereka.

Nama-nama itu nanti, get ready-lah. Kita beri hadiah sempena hari jadi saya. Special untuk ramai individu. Semua kita dah screenshot yang cakap bukan-bukan, yang ganggu privasi kami dan keselamatan kami.

Beliau turut menyentuh mengenai kes kecurian barang kemas yang didakwa berlaku ke atas dirinya dan menyifatkan semua cabaran ini sebagai satu ujian yang perlu ditempuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Prince Syed sambut birthday kek RM200 ribu
2025-07-14 16:10:10

Kek Harga RM200K & Perhiasan Isteri RM2 Juta, Majlis Hari Jadi Prince Syed Raih Perhatian - "Pakaian Simple Je Kali Ni..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...