“Dah Selesai Luar Mahkamah” – Caprice Ungkit Pernah Minta Orang Lain B*nuh Diri, Tun Laila Pertahan Diri

Trending

“Dah Selesai Luar Mahkamah” – Caprice Ungkit Pernah Minta Orang Lain B*nuh Diri, Tun Laila Pertahan Diri

Tun Laila, seorang peguam dan pempengaruh, menjadi tumpuan di media sosial selepas Caprice, seorang aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, mendedahkan satu perkongsian status lama daripada Tun Laila. Status tersebut dikatakan mengandungi unsur ugutan dan berharap seorang wanita bunuh diri, menyebabkan Caprice bertanya,

Ini dikira buli siber ke bila ada orang ugut secara umum?

Caprice turut berkongsi video dari Tun Laila yang menerangkan tentang undang-undang buli siber. Namun, Tun Laila menjelaskan bahawa status itu adalah palsu dan telah diselesaikan di luar mahkamah pada 2023, sebelum isu itu dibangkitkan semula oleh Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tun Laila (@beyarafaee)

Advertisement

Tun Laila juga menuduh Caprice memfitnahnya dengan menyebarkan screenshot yang tidak bertarikh, menyebabkan orang ramai menyangka ia berlaku baru-baru ini.

Tun Laila menegaskan Caprice tidak perlu mengaitkan orang lain jika mempunyai masalah peribadi dan menggesa perkongsian tersebut dipadamkan untuk menjaga imej wanita yang terlibat.

Caprice kemudiannya membalas dalam ruangan komen, mendakwa bahawa komen asalnya dipadamkan, dan dia berkongsi semula komen tersebut di Instagram Story.

tun laila popular
2025-08-09 17:55:04

"Mana-Mana Pergi Orang Ambil Gambar Dengan I, Itu Level I" - Tun Laila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...