Dah Sebulan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan, Anak Kecil Masih Ingat Arwah Ibu Bapa Pergi Kerja

Berita

Dah Sebulan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan, Anak Kecil Masih Ingat Arwah Ibu Bapa Pergi Kerja

Ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam hidup seorang anak dan kehilangan mereka diusia kecil sememangnya merupakan satu cabaran besar di masa hadapan.

Bukan hanya cabaran buat si kecil, malah tidak mudah juga buat ahli keluarga untuk menjelaskan hal sebenar kepada si kecil.

Advertisement

Sama seperti dilalui oleh kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun bernama Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, dimana dia masih belum ketahui bahawa ibu bapanya sudah meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya.

ibu bapa sebulan meninggal duniaSumber : Kosmo  

Difahamkan dari laporan Kosmo, ibu bapa yang dikenali sebagai Allahyarham Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor meninggal dunia akibat nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing sebulan yang lalu.

Pasangan tersebut kemalangan akibat bertembung dengan kenderaan lain dan mereka ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari membuang undi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut nenek kepada kanak-kanak tersebut, cucunya masih menganggap ketiadaan ibu bapa kerana mereka mempunyai kerja di luar.

Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi.

Sebelum ini, suami isteri serta anak perempuan terlibat dalam kemalangan ketika menaiki kereta Perodua Alza sebelum bertembung dengan Toyoto Hilux dan hanya anak perempuan mereka saja terselamat dalam kemalangan itu.

TikTok
1 year ago

(VIDEO) “Tolonglah Pakai Otak” - Keluarga Tonton TV Dalam Air Banjir, Netizen Pula Yang Risau Kena Renjatan Elektrik

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...