Dah Sebulan Menahan Sakit, Elyana Akui Mengalah, Mohon Doa Orang Ramai

Hiburan

Dah Sebulan Menahan Sakit, Elyana Akui Mengalah, Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi lagu Kau Atau Aku, Elyana mengakui dirinya sudah tidak tertanggung menahan sakit hampir lebih sebulan lamanya.

Ujar Elyana, dia akhirnya mengalah dan reda dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Advertisement

Elyana
3 years ago

Dugaan Demi Dugaan, Adik Elyana Pula Positif COVID-19 Setelah Ibu

Dia turut berkongsikan perkara tersebut menerusi hantaran Instagramnya untuk pengetahuan peminat.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah. Ujian COVID-19 memang wajib. Esok (hari ini) periksa jantung. Lusa buat ujian imbasan PET dan seterusnya, kemoterapi.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memaparkan keadaan terkini yang sedang terlantar di atas katil hospital.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pelakon drama Dunia Baru itu telah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu dan kini sudah merebak ke beberapa bahagian badan.

“Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit.” tulisnya di ruangan Instagram Story baru-baru ini.

Sentiasa berfikiran positif, Elyana berkata dia akan terus kuat melawan penyakit itu meskipun hampir 10 tahun mengalami kesakitan sejak sekian lamanya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...