Semalam, Azwan Ali memaklumkan bahawa dia sudah sembuh akibat disihir oleh individu yang dikenalinya dalam industri hiburan.
Pengacara sensasi itu bagaimanapun akui tidak akan mengubah karakter mulut lantangnya meskipun pernah menjadi mangsa ilmu hitam.
Pengalaman disihir itu juga akan menjadi memori buruk yang akan Azwan atau Diva AA ingat sampai bila-bila namun akui tidak menyimpan dendam seperti dinasihati oleh ustaz yang merawat.
Saya tetap akan lantang dengan sebarang isu semasa kerana konsep ‘makikan sahaja’ sudah sebati sebab dari dulu memang saya akan menentang perkara tidak masuk akal.
Tambah Diva AA, meskipun lantang dan bermulut ‘laser’ dia tidak akan menyentuh isu yang membabitkan 3R iaitu raja, agama dan kaum.
Jelasnya lagi, lantang bersuara adalah bertujuan untuk perubahan dan dia tidaklah membuat bising semberono dan tahu ramai nampak niatnya yang sebenar.
Saya bukan meroyan tidak tentu fasal. Saya akan terus ‘bantai’ sebarang isu sebab bukan buat fitnah. Terpulang pada masing-masing untuk menilai diri ini.