“Dah Sakit Pun Tak Insaf” – Sempat Tegur Aurat Arwah Adibah Noor, Lelaki Biadap Bikin Netizen ‘Panas’!

Hiburan

“Dah Sakit Pun Tak Insaf” – Sempat Tegur Aurat Arwah Adibah Noor, Lelaki Biadap Bikin Netizen ‘Panas’!

Sedia maklum, baru-baru ini perkhabaran mengenai penyanyi hebat iaitu Adibah Noor menghembuskan nafasnya yang terakhir telah membuatkan ramai pihak berduka serta terkejut kerana tidak mengetahui penyakit kanser yang dihadapi oleh Allahyarham selama ini.

Bukan sahaja rakan selebriti terasa kehilangannya, malah rakyat biasa juga dapat merasakannya kerana arwah merupakan satu individu yang dianggap sering membantu serta mempunyai personaliti yang sangat baik.

Advertisement

Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang meninggalkan komen di posting Facebook Harian Metro telah menarik perhatian ramai sehingga tular di Twitter.

Boleh dikatakan komen yang ditinggalkan oleh lelaki terbabit membuatkan ramai warganet berasa ‘panas hati’ kerana dia seolah-olah tidak mempunyai sifat simpati atas apa yang telah berlaku.

Lelaki berkenaan meninggalkan komen konon menegur aurat Allahyarham, namun netizen berasa ia sama sekali tidak perlu diperkatakan, lagi-lagi ayat yang ditinggalkan sememangnya berlebihan.

Bukan itu saja, malah terdapat seorang lagi individu lelaki biadap lain turut menegur aurat Allahyarham serta berkata dirinya berasa meluat apabila portal-portal media mengeluarkan berita mengenai arwah.

komen biadap netizen

Sememangnya komen-komen tersebut telah membuatkan ramai netizen mengecam lelaki-lelaki terbabit serta menyifatkan mereka seperti tidak mempunyai perasaan apabila meluahkan hal-hal terbabit ketika waktu ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Adibah Noor meninggal dunia
3 years ago

(TAKZIAH) Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia, Hidap Kanser Ovari Tahap 4

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...