Baru-baru ini, satu perkongsian cerita oleh Peguam Syarie, Suriati Ghani di laman Facebook telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, Suriati menceritakan tentang seorang anak guamnya yang kini dalam dilema apabila bekas suaminya meminta untuk berjumpa dengan anak selepas bertahun-tahun mengabaikan anaknya itu.
Menurut Suriati, kisah anak guamnya itu bermula apabila wanita itu membuat tuntutan nafkah anaknya yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) terhadap bekas suaminya, malah sepanjang perbicaraan, lelaki tersebut tidak pernah hadir ke mahkamah.
Saya mengikuti perkembangan anak istimewa itu sejak dari dulu sehingga sekarang, sesen pun tak pernah diberikan, datang tengok anak pun tidak.
Tambahnya lagi, wanita itu bersusah payah menjaga dan menanggung nafkah anaknya yang OKU dan sangat-sangat memerlukan perbelanjaan yang lebih berbanding dengan anak yang normal terutamanya dari segi perubatan.
Semalam, wanita itu WhatsApp saya maklumkan bekas suaminya sakit dan berhasrat nak jumpa dengan anak yang diabaikan bertahun-tahun lalu.
Sedarlah, buatlah baik dan jalankan tanggungjawab bila masih sihat lagi, dan jangan apabila sakit baru menyesal.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan menyifatkan situasi tersebut sebagai balasan atas tindakan lelaki tersebut.
“Dunia ini bulat,” tulsi seorang netizen.
“Kalau nak jumpa sebab nak bayar nafkah tertunggak okay la kan. Tak ada la balik tangan kosong. Hati pun terubat sikit,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.