Sebelum ini, kecoh di platform Twitter apabila seorang individu wanita mendedahkan dirinya dibuli oleh pelakon wanita terkenal, Uqasha Senrose sewaktu sekolah bersama pada 15 tahun yang lalu.
Setelah mengetahui diri dituduh sebagai pembuli, Uqasha tampil bersuara dan telah menyerahkan segalanya kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut terhadap individu tersebut kerana ia merupakan satu fitnah.
Tindakan individu wanita tersebut sememangnya memberi kesan yang dalam buat pelakon tersebut dan telah menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas.
Bagaimanapun, terbaharu, individu terbabit secara tiba-tiba memuat naik satu ciapan di Twitter mahu menamatkan isu yang dibangkitkan olehnya itu.
Difahamkan dari tweet individu tersebut, Uqasha sudah pun berubah dan mahu aktres tersebut membuktikan dirinya benar-benar bukan seperti dahulu.
Balas Uqasha, dia tidak mahu melayan ‘drama’ ini tetapi maruah sudah tercalar dengan fitnah tersebut dan memberitahu pihak berkuasa akan siasat semua tweet yang sudah ditulis oleh individu itu sebelum ini.