Anak kepada pelawak Nabil Ahmad, Naira Mikayla, 13, mula menonjolkan minat dalam dunia pengacaraan apabila diberi peluang menyertai program “The Chosen One Xtra” sebagai ‘support sister’.
Mikayla mengakui pada awalnya dia panik, hampir menangis, dan berasa rimas apabila ramai ingin merakamnya sebelum naik ke pentas.
Namun selepas berada di atas pentas, ketakutannya hilang dan dia mula seronok. Katanya,
Sebelum naik pentas saya takut sangat, sampai tak nak cakap dengan sesiapa. Tapi bila dah atas pentas, okey saja.
Nabil pula bersyukur anaknya mendapat peluang tersebut, namun menekankan bahawa pelajaran tetap keutamaan. Katanya,
Tak kisah penat macam mana pun, Isnin tetap kena pergi sekolah.
Dia mahu Mikayla belajar tentang keyakinan dan cabaran industri hiburan, namun tidak mengabaikan akademik. Mikayla juga menerima nasihat daripada Nabil untuk tidak panik di atas pentas dan tidak perlu pandang mata penonton secara terus.