“Dah Ready Dari Awal” – Mira Akui Sedia Jaga Anak-Anak View Chin & Shermine

Kehidupan

“Dah Ready Dari Awal” – Mira Akui Sedia Jaga Anak-Anak View Chin & Shermine

Pengacara TikTok sensasi, Amirah Aqilah Firdaus mengakui dia sudah bersedia untuk menjaga anak-anak kepada kekasihnya, View Chin bersama bekas isteri, Shermine Hau Ah Moi.

Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira berkata dia sudah lama menyediakan diri untuk menjaga anak-anak kepada majikannya itu sekiranya mereka berkahwin nanti.

Advertisement

Menerusi siaran langsung di laman TikTok, pempengaruh media sosial itu memdedahkan perkara tersebut selepas ditanya oleh salah seorang pengikutnya.

Awak dah ready ke nak jaga anak-anak Ah Moi? Mestilah ready. Saya dah bersedia dari awal.

Bukan itu sahaja, Mira turut memaklumkan bahawa dia sudah membuat permohonan maaf kepada Shermine namun enggan berkongsi mengenai hal peribadinya kepada umum.

Tak akan semua benda saya nak cerita. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi.

Terdahulu, TikToker terkenal, View Chin didakwa berlaku curang terhadap isterinya selepas kantoi menjalinkan hubungan bersama pekerja, Amirah Aqilah.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Shermine Hau-Ah Moi yang memuat naik beberapa bukti perbualan mesra mereka di aplikasi WhatsApp.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mira bukan punca view chin cerai
11 months ago

"Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku" - Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...