Dah Rasa Hidup Tanpa TV Lebih Seronok Dengan Anak-Anak, Wanita Ini Kongsi Kebaikannya.

Trending

Dah Rasa Hidup Tanpa TV Lebih Seronok Dengan Anak-Anak, Wanita Ini Kongsi Kebaikannya.

Di zaman teknologi serba moden ini, sudah tentu setiap rumah memilki sebuah tv untuk hiburan dikala berada dirumah. Ada juga yang menganggap menonton tv bersama keluarga juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Advertisement

Namun, betul ke jika tidak ada tv di rumah nikmati sesama ahli keluarga tidak dapat dinikmati? Tahu atau tidak, banyak lagi aktiviti lain juga boleh dibuat untuk keluarga berkumpul beramai-ramai.

Ikuti pengalaman saudari Widyana Ali dan suaminya dalam mendidik anak tanpa televisyen di rumah.

Masa zaman sekolah dulu,cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan “idiot box” untuk TV. Baru sekarang nak cari kenapa TV ni dipanggil idiot box.

Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu.

Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga
bila duduk sama2 menonton drama/filem. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak tiba pula slot drama sampai maghrib.

Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Bila anak-anak dah semakin membesar.

Saya dan suami mula fikir nak cuba hidup tanpa TV. Hasilnya?

1. Anak-anak kurang tantrum.
2. Anak- anak senang dengar arahan.
3. Fokus bertambah sebab tiada gangguan.
4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat bila mama minta bantu di dapur.
5. Senang mendengar nasihat.
6. Hidup lebih gembira rupanya.

Kesan baik untuk saya dan suami:

1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV.
2. Kurang marah (saya) sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.
3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.
4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.
5. Senang nak solat di awal waktu.
6. Banyak masa untuk borak2 dengan suami dan anak2.

Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.

Kepada kawan- kawan, cubalah ‘buang’ TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.

Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.

Nota: Dulu- dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin.Sekarang pelakon pun tak kenal.

Selepas ini, anda bolehlah mencuba untuk ‘ketepikan’ dahulu televisyen, mungkin dengan melarang menonton pada waktu tertentu buat permulaan. Apa-apa pun luangkan masa dengan keluarga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...