“Dah Puas Bawa Watak Penyondol” – Niena Baharun Nafi Suami Tak Bagi Berlakon Kerana Cemburu

Hiburan

“Dah Puas Bawa Watak Penyondol” – Niena Baharun Nafi Suami Tak Bagi Berlakon Kerana Cemburu

Pelakon popular Niena Baharun akhirnya tampil membuka mulut menjawab spekulasi kononnya suaminya tidak mengizinkan dia kembali ke dunia lakonan.

Nama Niena pernah melonjak selepas membintangi beberapa drama hit seperti Jangan Benci Cintaku dan Sayangku Kapten Mukhriz.

Advertisement

Namun selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2018, kelibat aktres kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu semakin jarang dilihat menghiasi kaca TV.

Kini bergelar Datin dan ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Niena dilihat lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga. Disebabkan lama menyepi, ada pihak yang mendakwa dia telah ‘bersara’ daripada dunia lakonan, malah ada yang menuduh suaminya cemburu dan tidak mengizinkan dirinya berlakon.

Saya ingin menjelaskan di sini kerana ramai yang salah anggap ingat suami tak izinkan saya berlakon. Sebenarnya suami saya sangat menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia izinkan saya berlakon.

Pelakon yang cukup dikenali menerusi watak penyondol dalam Jangan Benci Cintaku itu turut mengakui bahawa karakter tersebut telah memberi impak besar dalam kerjayanya.

Namun, beliau kini mahu keluar daripada zon selesa dan mencuba peranan yang lebih mencabar sebagai pelakon.Selepas sudah berkahwin pun saya masih ditawarkan watak penyondol. Kalau boleh saya nak bawa watak yang belum pernah dilakonkan sebelum ini.

Memang saya pernah viral membawakan watak penyondol kerana menjadi penyondol berhijab, tetapi berilah saya watak lain pula. Saya sudah puas bawa watak penyondol.

Neina dilihat masih memiliki pengaruh yang kuat dalam kalangan peminat setia dan berharap kemunculannya semula nanti akan membawakan sisi berbeza dalam karier seninya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suara siti nurhaliza bangkitkan lelaki koma
2025-07-31 10:40:17

"Dah Macam Undertaker.." - Hampir Seminggu Koma Di Hospital, Lelaki Ini Akhirnya Bangkit Lepas Dengar Suara Siti Nurhaliza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...