“Dah Popular Baru Ada Duit Sikit, Terus Lupa Diri. Senang Senang Buang Mak” – Ibu Anna Jobling

Hiburan

“Dah Popular Baru Ada Duit Sikit, Terus Lupa Diri. Senang Senang Buang Mak” – Ibu Anna Jobling

Menerusi Instagram story, ibu kepada aktres Anna Jobling telah memuat naik hantaran tentang individu yang bagai kacang lupakan kulit.

Berdasarkan tulisan panjang itu, wanita bernama Ariz Arop tersebut menyelar tindakan individu terbabit yang melupakan ibu dan keluarga selepas menjadi popular.

Advertisement

Dah popular, baru ada duit sikit, terus lupa diri. Senang senang buang mak, buang family macam tu je. Padahal kitorang semualah yang bersusah payah kat belakang kau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @mamajobling

Tulisnya lagi, individu tersebut kini hanya nampak susah payah pengurusnya dan peminat di mana sesetengah daripadanya disifatkan tak berguna, memberi sokongan dan membuatkannya kini popular.

Kononnya yang banyak bersusah payah untuk jadikan kau popular. Padahal dorang kenal kau baru beberapa tahun je. Semua pun tamak. Tunggulah keadilan Allah.

ibu Anna Jobling

Hantaran itu dipercayai ditujukan kepada Anna kerana konflik yang berlaku di antara dua beranak tersebut sebelum ini difahamkan masih belum diselesaikan.

Perkongsian itu juga dimuat naik pada hari yang sama Anna berjumpa peminat di negara jiran ketika sesi tayangan perdana filem Sukma di Jakarta, Indonesia, malam tadi.

Menerusi filem arahan Baim Wong itu, Anna berlakon bersama barisan pelakon popular negara itu seperti Luna Maya, Fedi Nuril dan Christine Hakim.

filem terbaru Anna Jobling

lakonan anna jobling dikritik
2025-09-07 10:43:33

Terima Kritikan, Anna Jobling Akui Belum Sempat Ke Kelas Lakonan - "Kalau Pengarah Okay, Saya Yakin"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...