Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dah Penat Berniaga, Usahawan Kosmetik Aliff Syukri Rasa Nak Duduk Rumah Sahaja

Walaupun bergelar jutawan hasil perusahaan kosmetik dan barangan kecantikan, Datuk Aliff Syukri mengakui dirinya berasa penat dan letih untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakannya selama ini.

Sentiasa berdepan dengan cabaran dalam perniagaan, Aliff Syukri juga memberitahu pelbagai karenah dan perkara yang telah dilaluinya selama ini seperti pekerja pecah amanah, ditipu dan sebagainya.

Advertisement
View this post on Instagram

Team para2 sy yg baru.. Apa pendapat korang tentang PA saya ni boleh ke buat kerja @farishussainn .. takut x tahan jer..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 Ujarnya lagi, memikirkan dirinya perlu berdepan dengan perangai manusia yang kadang-kadang suka mengambil kesempat, membuatkan dia merasa lelah dan rasa seperti ingin duduk di rumah saja.

“Penat berniaga..bila kita buat bisnes, ada orang cuba ambil kesempatan, pekerja pecah amanah, mencuri duit bertahun-tahun. Malah ada yang siap memfitnah dan memburuk-burukkan saya. Itu yang saya agak terkilan sampai terdetik nak duduk di rumah saja. Saya pun rasa nak suruh isteri uruskan bisnes kosmetik saja, saya malas nak ke depan dah,”

Dia yang dihubungi Astro Gempak itu sebelum ini telah menyiarkan entri berbaur luahan perasaan di laman instagram miliknya.

Advertisement

Perusahaan yang dijalankannya hampir menjangkau 12 tahun itu  menurutnya telah membantu ramai orang dalam memperbaiki kehidupan mereka namun Datuk Aliff mengakui sering saja ‘ditikam belakang’ oleh golongan tertentu.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan ‘terima kasih’ kepada mereka di luar sana yang telah mengkhianati dirinya. Terkini, Datuk Aliff masih lagi menunggu siasata pihak polis mengenai isu pekerjanya yang pecah amanah baru-baru ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 5, 2020 at 1:09 pm

    Biasa la dato, tiap2 bisnes ni mesti ramai yg curi duit. Asam garam, dalam berniaga. Kita muslim tetap kena patuh undang2 berdasarkan Islam bagi mendapat rezeki berkat.
    Saya cadang dato berbincang dgn majikan2 bisnes lain kasi bincang untuk bawa undang2 ketat jaga aset perniagaan dari ditikam.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top