Seorang individu yang merupakan pemandu lori telah memuat naik video memaparkan situasi jalan yang terlalu gelap di jalan Gerik-Jeli pada waktu malam.
Jalan Gerik-Jeli terlalu gelap
Kejadian yang menimpa pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini akibat nahas bas di jalan Gerik-Jeli sememang memberi kesan yang dalam kepada ahli keluarga serta rakyat Malaysia.
Difahamkan, jalan yang gelap di kawasan terbabit bukanlah satu hal yang baru, malah seorang pemandu lori pernah memuat naik situasi jalan ketika waktu malam pada bulan lalu.
Dapat dilihat dalam video itu, penglihatan pemandu lori itu terhad dek kerana jalan terlalu gelap meskipun sudah menggunakan lampu tinggi.
Permukaan jalan tak rata
Kelihatan lelaki terbabit hanya sekadar mengguna lampu ‘spotlight’ dan permukaan jalan juga dilihat seakan-akan tidak rata kerana penuh dengan kesan tampal.
Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, netizen kebanyakannya meluahkan rasa kesal kerana pihak bertanggungjawab mengambil ringan mengenai hal itu sedangkan sudah banyak kali berlaku kemalangan di kawasan terbabit.