Jika dulu Elly Mazlein sering memuat naik foto Outfit of the Day (OOTD), namun sejak kebelakangan ini jarang pulak Kak Lina berkongsi foto sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.
Ramai peminat telah meramalkan Kak Lina kini hamil.
Ketika ditemui Harian Metro, Kak Lina menjelaskan masih terlalu awal untuk bercerita mengenai soal kehamilan kepada umum.
“Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan. Masih awal lagi untuk bercerita pun. Doakan Kak Lina ya. Kalau ada berita mengenai kehamilan, Kak Lina akan kongsikan. Jadi, doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata,”
View this post on InstagramHappy Father’s Day buat Abah & Suami ? . Tq menjadi Atuk & Papa terbaik buat Manja Sara
Dia dalam pada masa yang sama turut memohon doa orang ramai agar mendoakan kesejahteraan serta dikurniakan rezeki cahaya mata kelak.
Mengimbas kembali, Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Mohd Azlan Che Noh pada Januari lalu di Kuala Lumpur. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Elly dan menerusi perkahwinan terdahulu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.