Dah Nampak Hasil dan ‘Shape’, Vicha Say Who Tekad Mulakan Senaman Untuk Kurus

Hiburan

Dah Nampak Hasil dan ‘Shape’, Vicha Say Who Tekad Mulakan Senaman Untuk Kurus

Bekas peserta Maharaja Lawak Mega serta pelakon dan hos Rumah No. 107, Vicha kini bertekad untuk mengurangkan berat badannya.

Dalam mencapai misinya untuk mendapatkan berat badan idaman, Vicha kini giat mengamalkan gaya hidup aktif dengan melakukan senaman.

Advertisement

Dia juga turut berkongsi rakaman video serta foto dirinya melakukan aktiviti senaman tersebut di media sosial instagram miliknya baru-baru ini.

 Malah peminat turut perasan mengenai perubahan bentuk bada Vicha yang lebih kecil daripada biasa. Menurut netizen, badan Vicha seperti sudah ada ‘shape’ dan lekuk.

 Dalam pada itu, Vicha turut menerima sokongan dan kata-kata semangat dari pengikut instagramnya yang ingin melihat dia kekal sihat.

Mengimbas kembali, pengacara berbakat ini mengakui tertekan dengan berat badannya yang sudah mencapai 128.4 kilogram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...