Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di platform media sosial hantaran video sindiran yang dimuat naik oleh pelakon, Nabila Huda yang membuatkan netizen tertanya-tanya ditujukan untuk siapa.
Individu persoal tindakan Abil sindir mak tiri
Bagaimanapun, kebanyakannya mula dapat meneka individu yang disindir oleh Nabila atau mesra dipanggil Abil susulan isu penyanyi lagenda, Datuk Amy Search mengherdik penyanyi wanita, Shila Amzah sewaktu melakukan latihan untuk sebuah konsert, minggu lalu.
Disebabkan kata-kata ‘pedas’ yang dilontarkan oleh Abil tular, terdapat seorang individu di Threads mempersoalkan tindakannya.
Just tak faham.. Nabila ni bukannya BBNU lagi, she’s going to be 41 this year. Kenapa dia perlu kecoh sangat pasal mak tiri dia ni.
Netizen ‘back-up’, Abil berhak rasa marah
Susulan memuat naik hantaran sedemikian, rata-rata warganet mengecam individu tersebut dan merasakan aktres terbabit berhak untuk berasa seperti itu biarpun sudah memasuki umur 40-an.
Dalam pada masa yang sama, ada netizen menegaskan individu itu tidak berhak untuk mempersoalkan tindakan Abil kerana tidak melalui hal sama yang pernah dirasai oleh pelakon tersebut.