“Dah Nak Jadi Suami Orang Dah…” Bakal Terima Menantu Pertama, Perasaan Jasmin Hamid Hiba Bercampur Teruja

Hiburan

“Dah Nak Jadi Suami Orang Dah…” Bakal Terima Menantu Pertama, Perasaan Jasmin Hamid Hiba Bercampur Teruja

Pelakon berbakat, Jasmin Hamid mengumumkan bahawa anak lelaki pertamanya, Lukhman Hakim bakal mendirikan rumah tanggan tidak lama lagi.

Advertisement

Dia dilihat telah memuat naik sebuah foto bersama anaknya itu di laman instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia turut meminta doa orang ramai agar urusan anaknya itu dipermudahkan.

“Terasa hiba bercampur happy sebab tak lama lagi, anak lelaki sulong saya akan tamatkan zaman bujangnya. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan menjadi khalifah yang terbaik untuk bidadari mus, son..Dah nak jadi suami orang anak ibu ni. No matter what, you are always my baby..Kasih ibu hingga jannah,”

Para peminat serta pengikut pelakon senior 7 Hari Mencintaiku itu rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya urusan perkahwinan Lukhman dipermudahkan.

 Sekadar info, Jasmin Hamid mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Rohana selain Lukhman. Selain itu, hasil perkahwinan bersama bekas suami, Ian Rashid, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ian Haziq.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...