Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dah Nak Dekat 2 Minggu Tunggu Surat Saman Dari Dia..” – Che Ta

Rozita Che Wan

Pelakon jelita, Rozita Che Wan mengambil pendekatan untuk menunggu dan lihat tindakan seterusnya berhubungan dengan isu saman fitnah yang telah dibuat oleh pengacara terkenal Azwan Ali untuk dirinya.

Advertisement

Menurut pelakon yang mesra dikenali sebagai Che Ta, dia tidak mahu mengambil pusing mengenai hal tersebut dan hanya akan tunggu surat saman yang sudah hampir dua minggu dinantikan olehnya.

Terserahlah apa pun dia nak buat. Nak membebel ke, melalak ke, merentan seorang diri ke, ikut dia lah.

Katanya ketika dihubungi oleh Kosmo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Tambahnya lagi, setelah sampainya surat saman daripada pihak Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA, Che Ta dan peguamnya turut akan melakukan perkara yang sama.

Advertisement

Rozita Che Wan dan rakannya

Sedia maklum, semalam Diva AA telah membuat laporan polis terhadap Che Ta yang didakwa telah menulis kenyataan berunsur fitnah terhadapnya sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anon

    August 17, 2021 at 1:28 pm

    Pipi sebelah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top