Berdebar menanti hari kelahiran cahaya mata baru hasil perkahwinan bersama Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha menjelaskan dia tidak sempat untuk menyediakan barangan persiapan gara-gara tidak boleh keluar rumah akibat penularan wabak pandemik COVID-19.
Dijangka akan melahirkan lagi tujuh minggu, Fasha mengatakan hanya akan memakaikan bayi itu nanti dengan pakaian milik Putri Raysha Jemyma ketika anaknya itu masih bayi lima tahun lalu, yang ditemubual oleh Sinar FM
“Untuk persiapan baby sebenarnya tiada persiapan pun lagi dan tak sempat beli baru sebab tak boleh keluar rumah. Memandangkan baju Jemyma dulu-dulu masih boleh pakai lagi, saya pakaikan balik nanti,”
View this post on InstagramRayakan sebulan ?? Terima kasih Sarah and Shuib hadiahkan tudung Solehah ?? . . . ? @lovetahq
Fasha juga berkongsi pengalaman mengandungkan anaknya kali ini, dia berkata Aidil lebih teruja memandangkan ini anak pertamanya. Mengimbas kembali, Fasha yang sebelum ini pernah keguguran dua kali sebelum disahkan hamil anaknya kini.
Fasha kini sedang giat mempromosikan naskah yang dibintanginya iaitu filem Ada Apa Dengan Dosa yang sedang ditayangkan di Astro First.
Sumber : Astro Gempak