Melalui laporan Kosmo, penyanyi Zizi Kirana memohon doa daripada orang ramai selepas memaklumkan konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertainya kembali melayar ke Gaza, Palestin, semalam.
Difahamkan daripada maklumat yang diberikan oleh Zizi, pelayaran itu diteruskan semula selepas meninggalkan pelabuhan Sidi Bou Said, Tunisia.
Saya dah memulakan kembali pelayaran menuju ke Gaza. Di sini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan yang pernah dilakukan selama hidup saya.
Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut memohon doa agar perjalannya menuju ke Gaza dipermudahkan.
Perkongsiaan tersebut difahamkan dihujani dengan doa-doa daripada netizen yang berharap agar perjuangan Zizi untuk menghantar bantuan ke Gaza berjalan dengan lancar.
Sekadar info, selain Zizi, antara selebriti yang turut bersama-sama menyertai misi kemanusiaan ini adalah Ardell Aryana, Heliza Helmi dan juga Farah Lee.