Dah ‘Move On’, DS Vida Dah Tak Peduli Bekas Kekasih Cari Wanita Lain

Hiburan

Dah ‘Move On’, DS Vida Dah Tak Peduli Bekas Kekasih Cari Wanita Lain

Jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida mengakui dirinya sudah ‘move on’ daripada hubungan percintaan ‘tak jadi’ berikutan bekas kekasihnya itu dikatakan sedang mencari wanita lain.

DS Vida memaklumkan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Advertisement

Dalam video tersebut, usahawan itu dilihat sedang berada dalam keadaan gembira menandakan dirinya sudah tidak peduli dengan hubungan cinta lamanya itu.

Tiba-Tiba menghilang nak perempuan lain, ingat saya peduli? Move on.

Dalam pada itu, bekas kekasih DS Vida, Iqbal Zulkefli dilaporkan telah berhijrah ke luar negara iaitu Indonesia untuk urusan kerja.

Menerusi perkongsian Iqbal di media sosial Instagram, dia turut berkongsi mengenai pertemuannya bersama artis Indonesia seperti Datuk Rossa.

Menerusi komen peminat di TikTok Vida, ramai yang menitipkan pesanan agar wanita itu terus kuat dan memberi tumpuan kepada kedua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Semoga tabah Dato’ Seri Vida!

DS Vida
3 years ago

Tak 'Tekan' Suami Minta Hantaran Tinggi, DS Vida Tersentuh Hati Dengan Jasmin Hamid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...