Inilah dinamakan sama-sama salah faham!
Menerusi satu posting di Facebook, perbualan antara seorang ‘seller’ susu kambing dan pelanggannya mendapat perhatian netizen.
Berdasarkan gambar ‘screenshot’ yang dikongsi itu, pelanggan lelaki tersebut pada mulanya bertanya kepada ‘seller’ berkenaan jika dia mempunyai stok susu kambing.
Selepas diberitahu susu tersebut tinggal satu kilo berharga RM22, pelanggan tersebut terus bergerak ke lokasi untuk membeli.
Pertanyaan pelanggan berkenaan kemudian menjadi penyebab semua salah faham itu terbongkar.
Lelaki itu berkata dia menyangka susu dibelinya adalah cair dan ‘fresh’ namun rupanya ia adalah susu tepung.
Ye, susu tepung. Susu tepung tu untuk anak kambing minum je.”
Punyalah terkejut lelaki berkenaan kerana dia sebenarnya mahu beli susu kambing itu diamalkan minum.
‘Seller’ itu pula menyangka dia membeli susu untuk diberikan kepada anak kambing.
Allahuakbar, dah minum segelas tadi bang. Bancuh air panas. Untuk saya dan isteri amalkan.”
Menyedari akan hal itu, ‘seller’ berkenaan meminta lelaki tersebut menyimpan susu lebihan dan akan mengambilnya semula serta memulangkan duitnya.
Perkongsian perbualan mereka itu membuatkan ramai terhibur dan tertawa dengan salah faham yang berlaku antara dua individu tersebut.
Ada yang berkata mereka membaca perbualan itu berulang kali kerana geli hati dengan insiden berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.