Melalui laporan Harian Metro, bekas penyampai radio, Kieran, 49, kini berada di hospital selepas disahkan hidap kanser prostat.
Kanser dah merebak ke perut dan paru-paru
Menurut Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, kanser tersebut telah pun merebak ke bahagian perut dan paru-parunya.
Saya menghidap kanser prostat yang dah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di wad Jabatan Onkologi.
Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa sudah menghidap penyakit tersebut untuk waktu yang lama tetapi cuma lambat mendapatkan rawatan penuh.
Perlu berehat dan jalani kimoterapi
Difahamkan, Kieran akan menjalani empat kali sesi kimoterapi dan akan terus ditahan di dalam wad hingga hari Isnin depan bagi memudahkan pihak hospital memantau keadaannya.
Kieran memaklumkan dirinya mula menolak tawaran pengacaraan untuk majlis sejak Ogos lalu dan turut dinasihatkan oleh doktor supaya banyakkan berehat.
Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan saya terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan.