Punyalah penat buat persiapan ‘open house’ tapi tak ada tetamu yang datang.
Itulah yang perlu dihadapi oleh sebuah keluarga apabila majlis rumah terbuka yang diadakan sepi tanpa kehadiran tetamu.
Menerusi laporan mStar, Nur Syiratul Jihan, 22, berasa sedih dengan situasi berkenaan kerana keluarganya telah menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu.
Dikatakan, majlis sepatutnya bermula pada pukul 1 tengah hari, tetapi sehingga pukul 7 petang tiada seorang pun tetamu yang datang ke jemputan rumah terbuka tersebut.
Selain itu, Syiratul juga berkongsi video rakaman sekitar majlis berkenaan dan di muat naik di laman sosial TikTok.
Syiratul juga berkongsi bahawa sebahagian makanan seperti mi rebus terpaksa dibuang. Dia juga berharap agar sesetengah individu dapat memberitahu lebih awal jika terdapat perubahan dalam perancangan agar tidak menyusahkan pihak lain.
Menjengah ke ruangan komen video, ada sesetengah netizen yang turut berkongsi pengalaman menghadapi situasi yang sama semasa mengadakan acara rumah terbuka.