Nurida Suraya yang juga merupakan seorang model dan juga isteri kepada pereka fesyen terkena, Rizman Nordin baru-baru ini telah berkongsi momen perjalanan kehamilan anak pertama mereka.
Walaupun sedang sarat hamil 7 bulan dah sudah memasuk trimester ketiga, seri ibu mengandung jelas terpancar apabila dia berkongsi foto hitam putih dirinya.
Walaupun sekadar gambar sisi, jelas menampakkan ‘baby bump’ iaitu bahagian perutnya yang kian membesar.
Ringkas di ruangan kapsyen, ‘Selamat Datang Trimester Ketiga’ ditulis oleh model berusia 31 tahun ini.
View this post on InstagramSyukur Alhamdulillah kami telah selesai puasa 6. Selamat Hari Raya to us ??
Manakala di ruangan komen ramai pengikut yang mengikuti perkembangan Nurida telah memuji penampilan terbaru dan mendoakan agar urusan kelahiran cahaya matanya yang pertama itu akan dipermudahkan.
Nurida dan Rizman sebelum ini telah berkahwin pada 13 September 2019 bertempat di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Pasangan ini dijangka akan menimang anak perempuan pada Ogos ini.