“Dah Masuk Sekolah Bijak, Jangan Buat Perangai Bodoh!” – Mimi Lana Tegas Bersuara Tentang Gejala Buli Di Sekolah

Hiburan

“Dah Masuk Sekolah Bijak, Jangan Buat Perangai Bodoh!” – Mimi Lana Tegas Bersuara Tentang Gejala Buli Di Sekolah

Aktres Mimi Lana antara selebriti terawal yang lantang bersuara dan menuntut keadilan buat arwah Zara Qairina Mahathir dan berharap agar individu yang bersalah di dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan.

Menerusi Instagram, Mimi Lana berkata generasi muda tidak seharusnya mensia-siakan zaman persekolahan mereka dengan terlibat dalam kes jenayah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Jangan berlagak gengster

Aktres berusia 30 tahun itu berharap agar pelajar sekolah tidak terjebak dengan sebarang gejala buli yang sudah tentunya akan memberi impak buruk terhadap masa depan mereka.

Mak ayah hantar sekolah suruh cari ilmu, bukan nak berlagak gengster. Kalau rasa ‘power’ sangat dan tak boleh kawal emosi, pergi ambil kelas seni mempertahankan diri, masuk gelanggang lawan orang yang setanding.

Mimi Lana justice for zara

Jangan buat perangai bodoh

Tulis Mimi di Instagram story, gejala buli yang akhirnya melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa pelajar tidak sepatutnya berlaku.

Bukan belasah budak sekolah macam tak ada akal. Dah masuk sekolah bijak, tolong jangan buat perangai bodoh!

Isteri kepada aktor Syafiq Kyle itu meluahkan kata-kata itu ketika mengulang siar kenyataan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi tentang isu buli yang tidak seharusnya ‘disembunyikan’ untuk menjaga reputasi mana-mana pihak.

2025-08-06 10:53:12

"Dia Patut Hidup! Tapi Sistem Gagal Lindungi Dia" - Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Untuk Adik Zara, Kecam Pembuli Masih Bebas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...