Pelakon dan penyanyi sensasi, Ifa Raziah meluahkan rasa tidak puas hati selepas gagal menikmati subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) ketika mengisi minyak di sebuah stesen di Gelang Patah, hari ini.
Pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha itu mendakwa sudah beberapa kali menggunakan kad pengenalannya untuk menikmati subsidi berkenaan dan semuanya berjaya sebelum ini. Namun kali ini, situasinya berbeza.
Hari ini 7 Oktober saya berada di Gemilang Petrol Mart, Gelang Patah, Johor. Baru tadi saya isi dengan kad pengenalan isi minyak RM60, sepatutnya dapat subsidi tapi tak dapat.
Saya dah masukkan IC, dah tekan, sepatutnya (lulus) dapat subsidi. Dekat mana sistem yang betulnya dekat stesen minyak ini?
Ifa turut mempersoalkan sama ada sistem stesen minyak atau sistem Budi95 yang bermasalah.
@ifa_raziah INI BUKAN PERTAMA KALII SAYA ISI MINYAK MENGGUNAKAN IC DAH 4 KALI! SEMUA DAPAT SUBSIDI! TETAPI HARI INI SAYA TAK DAPAT HARGA SUBSIDI.. APAKAH PUNCANYA? DAH MENGADU KAT STATION SHELL KATANYA TAK BOLEH NAK BERBUAT APA2!! TOLONGLAH JAGA SISTEM UNTUK SUBSIDI MINYAK INI DENGAN BETUL!! JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT!!
Sepatutnya semua warganegara Malaysia guna IC dapat hak subsidi masing-masing. Tapi hari ini saya isi, masih lagi tidak dapat subsidi. Jadi apa masalah dia?
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan semakan lanjut berhubung video tular melibatkan artis berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.