Meskipun umurnya kini sudah mencecah angka 50 tahun, pelakon dan model jelita Nasha Aziz tetap menjadi tumpuan netizen berikutan dia masih mengekalkan kejelitaannya sehingga ke hari ini.
Jarang mengemas kini akaun media sosial seperti Instagram, pastinya ramai yang teruja apabila Nasha dilihat muncul di Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW2021) sebagai model busana pereka fesyen tempatan.
Menjadi bualan ramai, Nasha dilihat masih ‘meletop’ dengan tubuh badan tidak ubah seperti anak dara!
Dia yang menjadi model untuk pereka fesyen Rizman Ruzaini turut disertai selebriti hebat lain seperti Amber Chia, Tinie, Tungku Azura dan Deborah Henry.
Nasha yang mengenakan pakaian serba mewah berona merah ternyata telah memukau mata pengunjung yang hadir kerana dia kelihatan sungguh menawan sekali.
@kim_rahimReply to @hazelsayang Nasha Aziz for Rizman Ruzaini #KLFW #fyp? #foryou #foryoupage #tiktok #fyp
Momen-momen tersebut turut dikongsikan beberapa individu di aplikasi media sosial TikTok dan telah berjaya memperoleh ribuan komen dan tontonan yang rata-ratanya kagum melihatkan kesemua model lagenda itu beraksi di pentas peragaan.
Apakah agaknya rahsia Nasha Aziz tetap kelihatan muda sehingga ke hari ini ya?