Dah Makan, Tapi Perut Masih Berbunyi? Ini Punca Yang Korang Perlu Tahu

Trending

Dah Makan, Tapi Perut Masih Berbunyi? Ini Punca Yang Korang Perlu Tahu

Umumnya, keadaan di mana perut berbunyi bukanlah satu keadaan yang memudaratkan. Jika diberi situasi, pernah tak korang alami perut berbunyi walhal baru sahaja menjamah makanan. Ha, agaknya kenapa ya?

Menerusi perkongsian seorang guru di laman Tiktok PTTI, wanita ini turut memperjelas proses terjadinya perut berbunyi ini melalui lukisan.

Advertisement

Ringkasnya, makanan akan melalui sepanjang saluran pemakanan. Apabila makanan diturunkan ke bawah, maka terjadilah proses yang dinamakan Peristalsis.

Dalam proses ini, otot seseorang individu akan mengendur dan mengecut secara antagonis. Bunyi yang kita selalu dengar tu pula datangnya dari pengecutan dan pengenduran otot tersebut. 

pencernaan

Sumber : Rawatan Kesihatan

Secara konklusi, perut yang berbunyi bukanlah datang dari rasa lapar sahaja tau!

Antara punca lainnya adalah perut yang berbunyi selepas makan, berpunca daripada gas, keradangan gastrousus atau jangkitan dan halangan usus.

Memetik sumber dari Hello Doktor, terdapat juga beberapa cara untuk menghilangkan masalah perut berbunyi seperti :

  • Minum air kosong.
  • Makan sesuatu ketika lapar.
  • Makan perlahan-lahan.
  • Elak makanan bergas.
  • Kawal saiz hidangan.
  • Amalkan gaya hidup aktif.

Walaupun perut berbunyi ini masih dikira normal, pastikan korang berjumpa dengan doktor jika ada kesan sampingan lain seperti sakit perut, demam, loya, muntah-muntah, cirit-birit dan lain-lain. Jangan dibiarkan lama-lama ya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Lepasni kalau perut berbunyi, bukan sebab lapar je tau. Jangan ada yang makan tak henti pula. Haha!

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...